Jualan Usahawan PI Linggi
28 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
27 Januari 2018 – Bagi menggalak dan menyokong usahawan dalam mempromosikan perniagaan mereka, PI Linggi telah membuka peluang kepada rakan-rakan usahawan untuk membuat jualan lansung produk mereka di dalam PI. Peluang ini selalunya dibuka ketika cuti hujung minggu ataupun ketika PI membuat aktiviti/program yang tertentu.
Pada 27 Januari 2018 yang lalu, Puan Marina Rashid telah datang untuk membuat jualan produknya di PI. Beliau adalah seorang peniaga produk kosmetik dan beberapa produk sampingan seperti tudung dan homemade cookies. Kedatangan Puan Marina membuka meja jualannya di PI sering dinanti-nantikan oleh kaum-kaum wanita di Linggi yang khususnya meminati produk-produk kecantikan. Ini kerana harga yang ditawarkan adalah harga mampu milik. Selain itu, faktor yang mendorong Puan Marina untuk kerap datang berniaga di Linggi adalah kerana berdasarkan pemerhatiannya, ramai pelanggan yang datang ke kedainya di Rembau adalah kebanyakannya dari Linggi dan mereka sering merungut kerana terpaksa pergi jauh untuk membeli barangannya yang cepat habis bagaikan pisang goreng panas.
PI Linggi bertindak membantu menghebahkan aktiviti jualan usahawan ini di dalam Facebook dan Whatsapp serta membimbing Puan Marina Rashid tentang tips-tips mempromosikan perniagaan di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: